Mulakan sesuatu dengan....

Photobucket

Nujumun Nada


Slideshow

Rabu, 4 Februari 2009

Da'ie kecil pengingat azab Neraka..



Sahabat yang dirahmati Allah sekalian,
Dalam mana kita menjalani kehidupan seharian, tentu saja kita tidak lepas dari sebarang kesilapan…. Namun ada kalanya kita sendiri yang sengaja melakukan perbuatan yang tentu sahaja mengundang kepada dosa dan murka Allah pada kita..
Adakah kita sering bermuhasabah sejauh mana amalan kita yang diterima… ?
Adakah pengampunan Allah selalu mengiringi kita….?
Dalam menuju hari yang kekal akhirat sana bersaki-bakikan umur yang tidak diketahui bila akan dicabut ruh dari tubuh kita..adakah kita telah bertaubat dan selalu beristighfar…?
Sahabat…. tidak termampu kita menggambarkan azab akhirat yang begitu pedih itu, hanya dapat ku paparkan di sini pendakwah kecil Indonesia yang insya Allah mampu menyentuh jiwa dan perasaan kita betapa harusnya kita sedar, pertambahan umur itu bukanlah bermakna kita semakin senior mahupun boleh tunjuk gah nya diri kita, akan tetapi hanyalah mengira-ngira detik-detik waktu untuk menuju liang lahad…Hayatilah tontonan di atas…hadirkan perasaan kita…

Ahad, 1 Februari 2009

Jangan derhakai ibu bapa ...





Assalamualaikum,
Sahabat yang dihormati, hayati klip video yang ana persembahkan di atas dengan sepenuh rasa hati yang hadir, dan buatlah penilaian dengan mata akal….jua mata hati….

1) Nilai diri kita ini….adakah sudah tergolong dalam golongan yang telah mentaati ibu bapa…?
2) Adakah selama ibu bapa kita mendiamkan kata tanda kita langsung tiada berbuat kesalahan yang mungkin mengundang kepada terhirisnya hati mereka…?
3) Sepanjang kita hidup ini adakah kita telah bergaul dengan mereka dengan penuh baik…santun kalam…atau adakah kitalah orangnya yang sentiasa meninggi suara kerana tidak berpuas hati dengan pilihan mereka atau nasihat yang diberi hanya kerana kita ikutkan nafsu jiwa muda?

Jika kita tergolong dalam golongan yang mentaati ibu bapa maka beruntunglah kita sebagai anak yang beroleh redha Allah, maka jika ia adalah sebaliknya maka beringatlah bahawa redha Allah terletak atas redha kedua ibu bapa kita…dan syurga itu di bawah telapak kaki ibu bapa….

Jangan sampai nyawa mereka ditarik kita tidak sempat untuk melafaz maaf dan ampun dari mereka barukan menyesal tidak bersudah…di kala itu menitis air mata darah pun tidak berguna lagi kerna di sana hanya balasan pedih dari Allah yang menanti disebabkan kederhakaan kita...wal'iazubillah…Renungkan

Sabtu, 31 Januari 2009

Cantiknya Seorang Muslimah



Wahai Putri Ayu,

Awalnya dikau tidak percaya diri,

Dengan pakaian yang tertutup rapi,

Kawan-kawanmu berkata dikau tidak trendy,

Tapi abi berkata dikau cantik begitu pun ummi,


Wahai kawan yang bermimpi sanjungan,

Cantik bukan beerti buka-bukaan,

Cantik bukan bererti selalu berdandan,

dan cantik bukan bererti seorang pujaan,


Dikau labuhkan jilbabmu hingga terasa damai dihatimu,

Dikau longgarkan pakaianmu hingga tertutup bentuk tubuhmu,

Dikau lakukan semuanya itu demi cintamu pada Rabbimu,


Andai semua orang memahami,

Cantik lahir bukanlah ukuran,

Tapi cantik hati memikat semua orang,

Dan yang utama berbudi pekerti, Seperti yang Rasul contohkan.


Wahai Putri Ayu,

Dunia adalah fatamorgana...

yang indah kata manusia...

tapi bukan kata Sang Pencipta...

Walau tiada rugi bagiNya...

Tapi tidak malukah kita..?


Wahai Putri Ayu,

Semua yang dipertontonkan...

akan diminta pertanggungjawabkan...

Padang hisab siap menanti...

Nyala api akan membakar tubuhmu nanti...